Resepi CRISPY ONION


BAHAN-BAHAN ( 4-5 orang ):

2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 cawan tepung self raising
3/4 cawan air sejuk
Serbuk lada sulah
Garam
Gula
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:

1. Satukan kesemua bahan kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk selama 5-10 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas.
3. Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan. Toskan.
4. Hidangkan bersama sos cili. Sangat enak dimakan pada bila-bila masa sahaja.
***Jika adunan/batter kurang pekat, sila tambah tepung.

ARTIKET BERKAITAN : RESEPI SHEILA RUSLY

0 Response to "Resepi CRISPY ONION"

Post a Comment