Resipi Ayam Bistik Mantap


Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
  • Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia


Cara-cara :

Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga keluar bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
Hidangkan .

ARTIKEL BERKAITAN : RESEPI SHEILA RUSLY

0 Response to "Resipi Ayam Bistik Mantap"

Post a Comment