PETUA MEMASAK
IKAN/ AYAM TIDAK MELEKAT PADA KUALI
Ikan/ayam yang telah di 'marinade' dengan kunyit dan garam di masukkan semula kedalam peti sejuk. Bila nak goreng baru keluarkan dan terus goreng. Selain tidak melekat, kulit luar hasil gorengan lebih rangup tapi pastikan api tak terlalu kuat supaya anda tidak berperang dengan minyak panas di dapur.
UDANG SENTIASA KELIHATAN SEGAR
Lepas siang udang, cuci dengan air perahan limau nipis. Kalau boleh rendam kejap sahaja jangan lelama kerana enzim masam dalam air limau boleh memasakkan udang. Cukup sekadar celup-celup kocak sahaja. Pastu udang boleh dimasak atau disimpan semula kedalam peti sejuk.
MASAKAN TERLALU MASAM
Sekiranya anda terlebih letak sos tomata/ air asam jawa/ air limau dalam masakan, cara nak 'balance' balik rasa tersebut adalah dengan menambah gula dalam masakan.
MASAKAN TERASA LEMAK BERKRIM
Untuk menjadikan masakan anda yang menggunakan santan, kari atau masak lemak cili padi terasa lemak berkrim, campurkan sekali atau 'blend' buah keras dan tambahkan pada masakan anda.
Untuk dessert yang melibatkan susu cair, campurkan sedikit garam supaya lemak dari susu cair terasa dan bertambah sedap.
MASAKAN TERLEBIH MASIN
Tambahkan sedikit air pada masakan atau jika masakan tersebut perlu kering, tamabah sedikit kentang atau lobak supaya rasa masin meresap. Tetapi tips ini valid pada masakan yang berkaitan sahaja.
MASAKAN KARI/KURMA ATAU YANG MELIBATKAN SERBUK REMPAH
Bawang merah yang digunakan untuk masakan di 'blend' supaya masakan bertambah sedap dan pekat.
MEMBAKAR KEK
Kalau anda terlupa hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek, jangan risau..apabila kek telah masak letak kan loyang di atas kain basah beberapa minit, insyaallah kek atau produk yang di bakar mudah di keluarkan.
SAMBAL TUMIS BERTAMBAH SEDAP
Tumbuk bawang bersama sedikit belacan dan gula melaka sehingga sebati. Apabila ditumis, biarkan sehingga naik baunya kemudian barulah dimasukkan cili dan biarkan sehingga pecah minyaknya.
LAMBATKAN NASI BASI
Semasa menanak nasi, letakkan secubit garam ke dalam nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa.
0 Response to "PETUA MEMASAK"
Post a Comment