8 Cara untuk mendidik anak dan menjadikan anak – anak anda genius ini di kongsi daripada satu syarahan yang di bawakan oleh Dato’ Fadzilah Kamsah.
TATACARA DALAM MENDIDIK ANAK GENIUS.
“cuma ada ibu bapa yg tidak
perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi
keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk
menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya
tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang
kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan
dewasa,kegeniusan ini hilang begitu saja kerana tidak ada rangsangan
beterusan dari ibu bapa” ujar Dato’ Fadzilah Kamsah.
Untuk itu beliau telah memberikan tip bagaimana tatacara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.
- Doa ibu bapa
Sebagai ibu bapa doa sangat penting
kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yang dilahirkan sentiasa
dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar
kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm diri seseorang dari kecil,
tidak mustahil anak itu boleh menjadi genius sebagaimana yang diharap oleh ibu
bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yang dilakukan dengan niat ikhlas
,tulus penuh rendah diri kepada Yang Maha Esa.
- Didik secara besungguh-sungguh .
Anak genius adalah seorang anak yg suka
mencari ilmu, sentiasa bertanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri
ingin tahu dalam dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari
awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu
bapa haruslah bersungguh-sungguh untuk mendidik ,menggalak dan merangsang
keperluan ini dan membimbing potensi yang ada supaya tidak di salahgunakan
kepada yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau
pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih
sayang.
- Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk
mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .Oleh itu jangan meletakkan
harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama
kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. Terimalah anak seadanya. Hanya
kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak
genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.Tetapi tidak lah genius
kerana anak yang genius adalah anak yang sentiasa rajin mencari ilmu dan
sentiasa befikir.
- Sediakan suasana yg boleh merangsang.
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah
tangga yang boleh merangsang otak anak.Contohnya,melalui warna dinding
,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. Bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakkan meja di
sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,atau papa
cat bilik warna hijau adalah untuk memberikannya suasana lebih santai dan
tenang dan kreatif befikir.
- Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan
makanan sihat.Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau
lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .
- Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak.
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak
mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling
memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain
walaupun dgn anak.
- Menjalin hubungan rapat dengan guru
Sentiasalah mengadakan hubungan rapat
dengan guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita.
Sentiasa tolong menolong dan berbincang dengan guru tentang pelajar dan
perilaku anak di sekolah.
- Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan.
Untuk melahirkan lebih ramai anak genius,satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.
0 Response to "8 CARA MENDIDIK ANAK UNTUK JADI GENIUS"
Post a Comment