STEP BY STEP : PAVLOVA

Bahan-bahan :

4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau..


Secawan gula

1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Cara2 membuatnya :

 Panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius..

~Asingkan putih telor dgn kuning telor dan  ambil yg putih telor aje...
~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks)..~


~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu.. nak tau  soft peaks ke tak, telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh
~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit sehingga sebati.

Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"

~ Langkah seterusnya , masukkan cuka dan esen vanila. Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut



~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..


~ Masukkan  dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit. Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam 

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar sekejap dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Bahan2 Topping :

~ Secawan @ 250 ml whipping cream

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental

~ Sementara tu jugak, potong buah2an yg nak di gunakan

Cara2 Menghias :

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper




sumber/credit to : Ana Suzana












0 Response to "STEP BY STEP : PAVLOVA"

Post a Comment